Monday, March 30, 2015

Program 60 minit 'Sihat Cergas, Bakar Kalori' Anjuran unit ko-kurikulum dan Kelab Robotik SK Kertih


Senaman amat penting bagi meningkatkan kesihatan diri kita. Amalan bersenam akan menjadikan kita lebih cergas, memberi ketenangan diri, dan pastinya dapat  menolong mengawal berat badan dengan membakar kalori di dalam tubuh badan. Senaman merupakan satu bentuk aktiviti fizikal atau rekreasi yang menyeronokkan dirancang dan diulang-ulang, dilakukan untuk meningkatkan status kesihatan dan tahap kecergasan.
tify'>Bagi menentukan kehidupan sentiasa cergas, kita memerlukan senaman terutama pada zaman moden ini. Kerja seharian tidak menjanjikan kecergasan. Oleh itu, masa lapang diperlukann untuk menjalankan aktiviti-aktiviti fizikal. Ini akan memberi kesan pada kecergasan. Kita perlu bijak memilih aktiviti yang bersesuaian dan aktiviti yang menarik  pastinya menimbulkan perasaan seronok
Zumba ni satu aktiviti yang bagus! Kita boleh enjoy dan pada masa yang sama peluh pun keluar. Kalau anda jenis yang malas nak excercise, tapi suka menari.. Zumbalah penyelesaiannya…..jom berzumba bersama warga SK Kerteh.

Instruktur zumba untuk program hari ini ialah Puan Diana dari Kelab Nutri Cozy















No comments:

Post a Comment