Monday, March 30, 2015

Program 60 minit 'Sihat Cergas, Bakar Kalori' Anjuran unit ko-kurikulum dan Kelab Robotik SK Kertih


Senaman amat penting bagi meningkatkan kesihatan diri kita. Amalan bersenam akan menjadikan kita lebih cergas, memberi ketenangan diri, dan pastinya dapat  menolong mengawal berat badan dengan membakar kalori di dalam tubuh badan. Senaman merupakan satu bentuk aktiviti fizikal atau rekreasi yang menyeronokkan dirancang dan diulang-ulang, dilakukan untuk meningkatkan status kesihatan dan tahap kecergasan.
tify'>Bagi menentukan kehidupan sentiasa cergas, kita memerlukan senaman terutama pada zaman moden ini. Kerja seharian tidak menjanjikan kecergasan. Oleh itu, masa lapang diperlukann untuk menjalankan aktiviti-aktiviti fizikal. Ini akan memberi kesan pada kecergasan. Kita perlu bijak memilih aktiviti yang bersesuaian dan aktiviti yang menarik  pastinya menimbulkan perasaan seronok
Zumba ni satu aktiviti yang bagus! Kita boleh enjoy dan pada masa yang sama peluh pun keluar. Kalau anda jenis yang malas nak excercise, tapi suka menari.. Zumbalah penyelesaiannya…..jom berzumba bersama warga SK Kerteh.

Instruktur zumba untuk program hari ini ialah Puan Diana dari Kelab Nutri Cozy















Saturday, March 21, 2015

Lawatan ke Cameron Highland

Lawatan ni tahun lepas, 8 November 2015 baru berkesempatan update..kenangan manis bersama Guru Besar SK Kerteh, murid tahun 5, cikgu Marina, cikgu Zarina, ustazah Anita, Ustazah Lazifah....

















Wednesday, March 11, 2015

Sambutan Bulan Kemerdekaan 2014

He he he...baru nak update tahun ni...sorryyy. Majlis berlangsung di tapak pasar malam Kg Baru Kerteh. Perasmian disempurnakan oleh YB Ir Rosli bin Othman , Exco Kerja Raya Dan Pengangkutan Terengganu  ADUN Kemasek.







 Ini kek yang ditempah oleh pejabat penerangan Kemaman untuk gimik pelancaran.....besarnya....

Menyertai Karnival ICT Negeri Terengganu

Pada 29 Januari yang lepas, cikgu telah membawa seramai 40 orang murid tahun 5 SK Kerteh menyertai Karnival ICT yang berlangsung di Stadium Tertutup Gong Badak. Guru pengiring hari tu ialah Ustazah Anita, Ustaz Rasfanul dan cikgu sendiri. Majlis hari tu telah dirasmikan oleh Menteri Besar Terengganu dalam suasana yang gilang-gemilang. Banyak juga aktiviti yang disediakan untuk pengunjung yang hadir pada hari itu antaranya planetarium mini yang dibawa oleh PSKT, movie screen shot oleh BTPN . Kalau ikut jadual nak habiskan masa sehari suntuk di situ, tetapi dalam pukul 2 petang, murid-murid ni dah bosan, habis semua aktiviti dicuba...sementara menunggu petang, kami pun pergi ke Mydin Gong Badak, makan-makan sambil 'window shopping'. Macam-macam gelagat murid Tahun 5 ni...lihatlah sendiri





 dan yang ini...movie screen shot. Dapat juga belajar sedikit tentang pembikinan filem..enjoy

Pertandingan Menghias Kek Hantaran PPIM Terengganu 2015


Assalamualaikum semua...lama sungguh saya tak menulis di blog ini..penuh sarang labah-labah. Ini cerita terbaharu. Baru-baru ini ( 5 Mac 2015) saya telah dijemput menyertai Pertandingan Hiasan Kek Hantaran sempena Mesyuarat Agung PPIM di kediaman Menteri Besar di Kuala Terengganu. Mewakili daerah Kemaman pulak tu. Rasa diri sangat berharga. Pengalaman yang tak dapat dilupakan...inilah kali pertama saya menyertai pertandingan menghias kek. Tahun lepas saya diminta melatih 2 orang murid untuk menyertai pertandingan menghias cup cake dan syukur 
alhmadullilah pasukan itu menjadi johan.  Tahun ni cikgunya pulak yang masuk bertandingan. Cikgu Zarina rakan sepasukan saya banyak membantu menyediakan bahan-bahan menghias kek ni. Terima kasih Mok Na..Debaran tu memang tak boleh nak diungkapkan . He he he..rupanya nak masuk bertanding di berdebarnya lain macam. Bahan-bahan disediakan sendiri oleh peserta termasuklah kek, bahan aising dan untuk hiasan. Ok...mari jamu mata lihat hasil kerja peserta hari tu.

Inilah hasil kerja kami berdua dari Daerah Kemaman. Kombinasi 2 warna dihias jambangan bunga mawar.Ok tak? Tiba masa diumumkan pemenang......terkesima sekejap, he he he...bukan apa, ingatkan boleh lah dapat top 3. Rupanya bawa balik saguhati je..emmm alahai..sabar aje lah. 
  Nak tahu siapa pemenangnya?  Scrool bawah sikit ya........suspen ni................
Inilah pemenang tempat pertama...hmmmmmmmmmm, bunga fondant dan aising kuning
Tempat ke-2 beg tangan  diperbuat daripada fondant



Tempat ke-3.....banyaknya strawberry, segar dari ladang
Yang lain-lain ni saguhati ...ok lah, cikgu-cikgu yang buat, kira berbakat jugalah cikgu-cikgu ni....


Kek yang kami dah hias , tidak dibawa balik ke Kemaman, sebaliknya kami hadiahkan kepada isteri Menteri Besar sebagai kenang-kenangan. Ada gambarnya..nanti muat naik kemudian ya.