Wednesday, August 10, 2011

Mangsa simbah asid rindu bapa

Semalam menonton rancangan Iktibar di TV3, kisah Nurul Dahyatul Fazlinda  atau Lin mangsa simbah asid bapanya sendiri. Lin rindu terhadap ayah yang sedang dipenjara. Kesiankan...apalah malang nasib Lin.Dulu sebelum kena simbah wajahnya, mukanya normal macam orang lain, bagaimanalah dia akan menghadapi masa depannya. Lin baru berumur 10 tahun terpaksa menanggung kesakitan, malu............Hari ni pula ada berita mengenainya di surat khabar.Memang menyayat hati...anak tu amanah kepada ayah dan ibu. Kepada siapa lagi hendak anak-anak mengadu kalau bukan kepada kedua-dua ibu bapa, tapi kalau bapa sendiri pun dah tak sayang anak.....entahlah., menyesal sudah tidak berguna lagi, nasi sudah menjadi bubur..................

Tuesday, August 2, 2011

Blog baru SK Kerteh

Blog Sk Kerteh sedang dalam pembinaan tetapi sudah boleh diakses oleh semua. Banyak maklumat yang ada di blog ini. Bila ada masa terluang bolehlah jenguk blog ni ya. Tahniah cikgu Marina dan Abang Zukhairi yang memulakan langkah awal membina blog ini . Lepas ni kena update sokmo lah. To all my students, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan info terkini SK Kerteh  di blog ini.

Monday, July 25, 2011

Cikgu Main bola

Cikgu-cikgu main bola sepak sempena sambutan hari guru 2011...haru biru, guru lelaki pakai kain batik manakala guru perempuan kena pakai kain pelikat. Cikgu Khamsiah antara cikgu yang pantas beraksi di padang.
Posted by Picasa

Pertandingan Bola Baling 2011


Gambar-gambar sekitar pertandingan bola baling PKG Kemasek peringkat separuh akhir di SMKBAS.

Pada 17 , 18 dan 19 April 2011 telah berlangsung pertandingan bola baling peringkat PKG Kemasek.Acara ni rasanya penutup kepada permainan tahun ini. Sekolah kita telah menghantar 2 pasukan   iaitu pasukan lelaki dan pasukan perempuan. Pertandingan bola baling perempuan yang berlangsung di padang SMK Badrul Alam Shah, Kemasek ini menyaksikan pasukan kita layak ke peringkat suku akhir kerana telah mendapat keputusan seri dalam 2 permainan dan menang dalam 2 lagi permainan. Dalam pertandingan suku akhir, kita dikalahkan oleh SK Kijal, jadi pasukan perempuan pulang dengan tangan kosong.

Pasukan lelaki menunjukkan belangnya apabila mengalahkan SK Kijal dalam pertandingan peringkat suku akhir sekaligus melayakkan mereka masuk peringkat akhir menentang SK Ketengah Jaya.
Pertandingan peringkat akhir diadakan di padang SK Kerteh sendiri, kedua-dua pasukan berentap merebut tempat pertama dan nyata pasukan SK Kerteh sukar dikalahkan. Tahniah kepada pasukan bola baling SK Kerteh kerana menjadi JOHAN pertandingan bola baling zon PKG Kemasik dan juga JOHAN daerah Kemaman.
Posted by Picasa

Monday, April 18, 2011

Perhimpunan Mingguan 17 April 2011

Entri cikgu kali ni sekadar nak berkongsi sedikit peristiwa yang berlaku semasa perhimpunan pagi Ahad yang lalu. Perjalanan perhimpunan seperti biasa, cuma kali ini ada penyampaian hadiah untuk pemain bola sepak yang menjadi johan pertandingan antara komuniti anjuran TNB, penyampaian hadiah untuk pasukan nasyid sekolah yang mendapat naib johan dalam pertandingan nasyid peringkat PKG Kemasek dan penyampaian hadiah kepada murid-murid Tahun 6 yang berjaya mendapat 5A, 4A dan LSMP dalam OTI 1 baru-baru ini, tahniah diucapkan kepada semua yang berjaya.Semoga kejayaan ini menjadi satu suntikan semangat untuk kalian terus menempa kecemerlangan.Insyaallah. Tahniah juga kepada semua guru dan staff yang bertungkus-lumus melatih, mengajar, mendidik kalian tanpa rasa jemu.Tahniah kepada jurulatih bola sepak iaitu  Abang Shawal dan  Cikgu Amir, jurulatih nasyid  yang terdiri daripada Ustazah Asimah, Ustazah Fauziah, Cikgu Zarina, Ustazah Anita dan ramai lagi. Tahun depan pasukan nasyid kena buat persiapan luar biasa untuk merangkul gelaran johan, tak gitu Ustaz Hasbullah?
Juruteknik komputer sekolah merangkap jurulatih bola sepak sekolah

Hadiah disampaikan oleh GPK 1- Cikgu Zai Abd Rahman

Sebahagian Pemain bola Sepak sekolah bersama jurulatihnya.


Pasukan Nasyid Sekolah

Murid Tahun 6 yang mendapat 5A,4A dan LSMP dalam OTI 1/2011







ha. yang ni gambar guru wanita SK Kerteh 


bertudung putih kerana berkabung.....macam peguam la pula.



Thursday, March 10, 2011

Sukan Tahunan 2011

Hebat, meriah , rancak dan berwarna-warni, itulah perkataan yang dapat menggambarkan suasana Sukan  Tahunan kali ke 31 Sekolah Kebangsaan Kerteh pada 3 Februari 2011. Acara yang sememangnya ditunggu-tunggu oleh murid-murid SK Kerteh tak kira murid Tahap 1 mahupun Tahap 2. Murid dan guru berkumpul seawal 7.10 pagi di padang sekolah, di khemah masing-masing yang telah dihias dengan penuh kreativiti ibarat pelukis melakar ilham dikanvasnya. Suasana di padang seperti sedang diadakan satu pesta keramaian.

Johan Perbarisan
Acara dimulai dengan perbarisan setiap ahli rumah sukan , unit beruniform dan tidak ketinggalan murid pra sekolah. Setiap kontinjen disertai seorang pembawa sepanduk, pembawa bendera, maskot dan ahli rumah masing-masing seramai 33 orang. Secara peribadi cikgu memang tabik guru-guru yang bertanggung jawab terhadap perbarisan rumah masing-masing. Memang hebat daripada segala aspek termasuklah pakaian, aksesori dan maskot. Maskot Rumah Biru ialah Doraemon, Rumah Merah  dengan Burung Garudanya, Rumah Hijau – Penyu dan  maskot Rumah Kuning- Sang Lebah. Wakil dari PPD Kemaman, telah merasmikan  acara gilang gemilang ini  dengan gimik pelancaran melepaskan burung merpati . Seterusnya penyampaian cenderahati kepada ketua kontinjen rumah sukan oleh wakil PPD Kemaman.



Perbarisan Pra Sekolah diiringi Cikgu Zuraini
Perbarisan Rumah Biru
Selesai perbarisan bermulalah acara sukaneka bagi murid tahap 1 iaitu Bawa bola dalam sudu dan Junjung pundi kacang bagi murid Tahun 1, Golek  Gelung dan Lerek Bola dalam Gelung bagi murid Tahun 2 ,Bawa Tiga Bola dan Lerek Bola dengan Kayu Hoki bagi murid Tahun 3  dan sudah semestinya acara balapan bagi murid tahap 2 . Cuaca yang panas dan sinaran matahari yang terik  tidak mematahkan semangat murid-murid berusaha untuk mencapai kemenangan dan mengumpul markah untuk rumah sukan masing-masing.

Cikgu nak kongsi sedikit pengalaman sewaktu cikgu mengelola peserta Rumah Merah dan cikgu rasa ketua rumah sukan yang lain pun begitu juga. Hampir 80 peratus Murid-murid tahap 2 memang setia di padang, apabila dipanggil namanya, muncul depan mata, inilah pengalaman cikgu menjadi pengurus peserta Rumah Merah, ada sesetengah peserta tu tak perlu dipanggil namanya, dah pun pergi ke khemah peserta.. Masalah cikgu ialah murid-murid tahap 1, berpeluh cikgu dibuatnya, mana taknya, mula-mula panggil nama ada, sekejap lagi toleh tempat lain dah tak ada, macam biskut oreo ‘ kejap ada kejap tak de’.Peserta Sukaneka tahap 1 cikgu cekup siapa yang ada di situ sebab nak cukupkan 10 orang untuk satu pasukan.  Cara cikgu nak tarik perhatian murid-murid tahap 1 di khemah Rumah Merah ialah bercerita ala nenek kebayan, Ada cerita Hantu Kak Limah, ada cerita Naga Tasik Chini…, malahan anak murid di khemah cikgu panggil cucu. Barulah murid tahap 1 ni duduk di khemah. Ketua rumah sukan yang lain mungkin berbeza pula pendekatannya.
Merah Tetap Unggul
Penatnya jadi pengurus peserta, selepas selesai dengan cucu-cucu  tahap 1, cikgu pergi ke trek, pergi jampi serapah dan buat apa yang patut , bagi kata-kata semangat, nenek kebayan tunggu pula di garisan penamat, menang nenek puji kalah nenek pujuk pula…..
Sorakan gembira pasukan Rumah Biru
 Okaylah, berbalik kepada sukan kita tadi, acara perasmian  penutupan telah disempurnakan oleh YM Tuan Zahari bin Tuan Long, Guru Besar SK Kerteh. Acara berakhir agak lewat juga tapi bahang kepanasan tak diendahkan  dek keseronokan dan semangat kesukanan.

Secara keseluruhannya Rumah Biru telah mendapat markah tertinggi dan diumumkan sebagai JUARA Sukan Tahunan 2011.Tahniah kepada Ustazah Anita, guru-guru dan murid-murid rumah Biru. Acara Perbarisan Unit Uniform dimenangi oleh Pasukan Pandu Puteri Tunas manakala  acara perbarisan rumah sukan dijuarai oleh kontinjen Rumah Merah. Rumah Merah sekali lagi telah diumumkan sebagai pemenang Hiasan Khemah Terbaik 2011. Olahragawan Tahun ini dimenangi oleh Haziq Syahmi bin Mujahid Fauzi dari Rumah Merah manakala Olahragawatinya ialah Liyana Athirah dari Rumah Hijau..
Olahragawan dan Olahragawati 2011
Ustaz Hasbullah menyampaikan hadiah

Guru-guru dan Murid-murid Rumah Merah dengan piala dan hadiah kemenangan.
Khemah Rumah Hijau- Hijau Cah Ligah
Cikgu Raztia menerima hadiah untuk Hiasan Khemah Terbaik
Ketua Rumah Kuning- Cikgu Noriza Sariman masih `maintain' walaupun letih
Ketua Rumah Hijau-Ustazah Azimah dan pasukannya
Sukan Tahunan kali ini memang meriah dan menerima sambutan yang menggalakkan daripada semua pihak terutama ibu bapa yang turut sama berada di khemah rumah-rumah sukan.

Di sini cikgu juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua ibu , bapa dan penjaga yang telah sama-sama menjayakan Sukan Tahunan kali ini seperti menyediakan air di khemah sukan rumah merah. Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian.

Nantikan entri cikgu seterusnya khas mengenai hiasan khemah sukan. tungggguuuu.

Any Comment??

Thursday, February 24, 2011

Teacher Norsuhaila

Teacher Norsuhaila dalam kenangan...beliau telah bertukar ke SK Pulau Rusa bermula 1 Februari 2011. Gambar ni diambil selepas jamuan perpisahan beliau di bilik guru dan bilik UPSR. Sedihnya, rasanya baru saja teacher Su mengajar di sini, sudah pergi meninggalkan kita...namun apakan daya, ketentuan Allah harus diterima, teacher Su amat disenangi oleh rakan-rakan sejawatnya dan juga murid-murid-murid sekolah ni, orangnya memang cantik, tak puas mata memandang.Kami terasa kehilanganmu.Tak apalah, kami di SK Kerteh ni doakan teacher Su berbahagia di sekolah barunya yang dekat sikit dengan kampungnya.Semoga Sukses.
Posted by Picasa

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah 2011/1432H





Hari ini sekolah mengadakan sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Acara bermula pada pukul 8.00 pagi dan disertai oleh semua murid sekolah ini termasuk murid pra sekolah. Cuaca hari ini alhamdulillah baik seolah-olah memberi restu kepada kita meneruskan usaha murni ini. Perarakan adalah mengikut rumah-rumah sukan dimulai rumah hijau, merah, murid-murid pra sekolah, rumah kuning dan akhir sekali rumah biru. Setiap pasukan mempamerkan pelbagai hasil kreatif ketika menyiapkan kumpulan perarakan. Acara bermula di padang sekolah, murid-murid berarak mengelilingi Taman Wan Adnan iaitu kawasan perumahan yang paling dekat dengan Sekolah Kebangsaan Kerteh. Agak memenatkan, sambil berjalan, mulut berselawat...jauh juga perjalanan .....namun semangat menyambut ulangtahun kelahiran Nabi junjungan tetap diteruskan walaupun masing-masing keletihan.
Pasukan Rumah Merah dengan hamper kemenangan
Selesai perarakan, warga sekolah dijamu dengan nasi ayam ala Itali (kata ustaz Hasbullah). Acara diteruskan dengan pertandingan selawat untuk murid tahap 1 dan nasyid lelaki dan perempuan untuk tahap 2. Setiap rumah sukan menghantar 3 pasukan. Berbagai-bagai gaya dan persembahan yang menarikdapat dilihat di atas pentas bertujuan menambat hati  para juri. Kreativiti guru dan murid terserlah sekali lagi. Seronok juga melihat gelagat murid dan guru hari ini. Akhirnya ustaz Rasfanul selaku pengerusi majlis mengumumkan pemenang bagi pertandingan hari ini.Hadiah telah disampaikan oleh Guru Besar SK Kerteh. Tahniah kepada guru-guru dan murid-murid rumah Merah (rumah cikgu la tu) kerana telah menjadi johan 3 kategori..Tahniah juga kepada pasukan yang lain kerana persiapan yang tidak kurang hebatnya. Walaubagaimanapun hadiah bagi tempat pertama hingga keempat sama nilainya.
.
Kumpulan nasyid yang menjadi johan membawakan  nasyid bertajuk Utusan Terakhir


Sunday, February 20, 2011

e-book

Pada 14 Feb baru-baru ni murid tahun 5 telah diberi e-book sebuah seorang.....program ni khas untuk murid-murid di negeri Terengganu sahaja.Beruntungnya murid-murid di Terengganu ni. kata MB  murid-murid di negeri ini mesti celik komputer..kalau yang tak celik tu..bukan dari negeri Terengganu. 
 Celik tu celik lah, cuma satu yang cikgu nak pesan, gunakanlah ebook yang diberi dengan cara yang sepatutnya, jangan asyik leka dengan 'game' pelajaran diabaikan. kemudahan yang diberi untuk meningkatkan prestasi kita bukan sebaliknya. Tahniah murid tahun 5..jaga molek ebook tu


Saturday, February 12, 2011

AIR TANGAN ORANG YANG TIDAK SOLAT

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,


Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa a.s.

Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), “kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam.” Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak.

Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam. Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya. Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi. Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi. Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu.

Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dsb. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak ‘ kan ? Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia.. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Beware (berhati2) apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra’ Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril as. Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), “As-solah as Solah wa amalakat aimanukum”. Maknanya, “Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu”

Jadi, sama-samalah kita pelihara solat dari segi zahir & batinnya kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang di neraca Mizan kelak. Sahabatku, Jika hari ini aku terlalu gembira, sedarkanlah aku dgn amaran2 Allah. Jika ku bersedih tanpa kata, pujuklah aku dgn tarbiah Pencipta. Jika ku lemah sedarkanlah agar aku berubah. Dan jika esok ku lena tanpa terjaga, iringlah lenaku dgn kalungan doa.. Berjanjilah sahabatku, ukhwah kita utk selamanya.. ~

Wednesday, February 9, 2011

PERTANDINGAN MERENTAS DESA 2011

Hari ini telah diadakan Pertandingan Merentas Desa di sekolah. Acara bermula pada pukul 8.30 pagi. Semua murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6 mengambil bahagian. Trek tahap 1 dan Tahap 2 berbeza, maklumlah tahap 1 budak-budak  kecil, tak larat nak lari jauh.Trek tahap dua memang jauh, sesuai dengan kemampuan mereka, larian mereka bermula dari kawasan sekolah, melalui tapak pasar malam Kerteh, seterusnya ke rumah murah, perumahan panalex, Forest dan balik ke sekolah....jauh tu. Macam-macam ragam yang dapat dilihat hari ini.murid-murid memanglah seronok, cikgu pun begitu juga terutama ketua rumah sukan Biru (siapa pagi..Ustazah Anita la) yang menjadi johan keseluruhan tahun ni, Tahun lepas Rumah Kuning. Bagi cikgu, kemenangan di tempat ketiga selama 2 tahun berturut-turut ni cukuplah, tahun depan RUMAH MERAH mesti juara. Gambar-gambar cikgu tak sempat nak upload...tungguuuuuu.Kepada yang berjaya cikgu ucapkan tahniah dan syabas.Lepas ni kita beri tumpuan kepada latihan sukan pula yang bermula pada hari Ahad 20 Februari 2011.

Tuesday, February 8, 2011

5C1

Sukanya hati Irfan dan Faiz Affendi...... Baru-baru ini Faiz dilantik menjadi naib setiausaha olahraga, nampaknya bolehlah kurus lepas ni sebab selalu turun padang..Irfan pula AJK kelab robotik....
Gambar murid 5C1, kurang 1 orang((Hani Amirah) sebab tak hadir hari ini. Gambar ini diambil dari bilik UPSR, sebab itulah nampak pendek semua.

Murid 4 Cemerlang 1 2011

Gambar ni diambil dari tingkat 2, kononnya nak buat bunting untuk kelas 4C1 untuk gantung depan pintu, tapi tak hantar lagi ke kedai printing. sabarlah ya anak-anak.2 orang pengawas di belakang tu Julia dan Norfarahin, bergaya macam model.Kesiannya masing-masing kepanasan.