Wednesday, March 11, 2015

Pertandingan Menghias Kek Hantaran PPIM Terengganu 2015


Assalamualaikum semua...lama sungguh saya tak menulis di blog ini..penuh sarang labah-labah. Ini cerita terbaharu. Baru-baru ini ( 5 Mac 2015) saya telah dijemput menyertai Pertandingan Hiasan Kek Hantaran sempena Mesyuarat Agung PPIM di kediaman Menteri Besar di Kuala Terengganu. Mewakili daerah Kemaman pulak tu. Rasa diri sangat berharga. Pengalaman yang tak dapat dilupakan...inilah kali pertama saya menyertai pertandingan menghias kek. Tahun lepas saya diminta melatih 2 orang murid untuk menyertai pertandingan menghias cup cake dan syukur 
alhmadullilah pasukan itu menjadi johan.  Tahun ni cikgunya pulak yang masuk bertandingan. Cikgu Zarina rakan sepasukan saya banyak membantu menyediakan bahan-bahan menghias kek ni. Terima kasih Mok Na..Debaran tu memang tak boleh nak diungkapkan . He he he..rupanya nak masuk bertanding di berdebarnya lain macam. Bahan-bahan disediakan sendiri oleh peserta termasuklah kek, bahan aising dan untuk hiasan. Ok...mari jamu mata lihat hasil kerja peserta hari tu.

Inilah hasil kerja kami berdua dari Daerah Kemaman. Kombinasi 2 warna dihias jambangan bunga mawar.Ok tak? Tiba masa diumumkan pemenang......terkesima sekejap, he he he...bukan apa, ingatkan boleh lah dapat top 3. Rupanya bawa balik saguhati je..emmm alahai..sabar aje lah. 
  Nak tahu siapa pemenangnya?  Scrool bawah sikit ya........suspen ni................
Inilah pemenang tempat pertama...hmmmmmmmmmm, bunga fondant dan aising kuning
Tempat ke-2 beg tangan  diperbuat daripada fondant



Tempat ke-3.....banyaknya strawberry, segar dari ladang
Yang lain-lain ni saguhati ...ok lah, cikgu-cikgu yang buat, kira berbakat jugalah cikgu-cikgu ni....


Kek yang kami dah hias , tidak dibawa balik ke Kemaman, sebaliknya kami hadiahkan kepada isteri Menteri Besar sebagai kenang-kenangan. Ada gambarnya..nanti muat naik kemudian ya.


No comments:

Post a Comment