Wednesday, March 11, 2015

Menyertai Karnival ICT Negeri Terengganu

Pada 29 Januari yang lepas, cikgu telah membawa seramai 40 orang murid tahun 5 SK Kerteh menyertai Karnival ICT yang berlangsung di Stadium Tertutup Gong Badak. Guru pengiring hari tu ialah Ustazah Anita, Ustaz Rasfanul dan cikgu sendiri. Majlis hari tu telah dirasmikan oleh Menteri Besar Terengganu dalam suasana yang gilang-gemilang. Banyak juga aktiviti yang disediakan untuk pengunjung yang hadir pada hari itu antaranya planetarium mini yang dibawa oleh PSKT, movie screen shot oleh BTPN . Kalau ikut jadual nak habiskan masa sehari suntuk di situ, tetapi dalam pukul 2 petang, murid-murid ni dah bosan, habis semua aktiviti dicuba...sementara menunggu petang, kami pun pergi ke Mydin Gong Badak, makan-makan sambil 'window shopping'. Macam-macam gelagat murid Tahun 5 ni...lihatlah sendiri





 dan yang ini...movie screen shot. Dapat juga belajar sedikit tentang pembikinan filem..enjoy

No comments:

Post a Comment