Thursday, February 24, 2011

Teacher Norsuhaila

Teacher Norsuhaila dalam kenangan...beliau telah bertukar ke SK Pulau Rusa bermula 1 Februari 2011. Gambar ni diambil selepas jamuan perpisahan beliau di bilik guru dan bilik UPSR. Sedihnya, rasanya baru saja teacher Su mengajar di sini, sudah pergi meninggalkan kita...namun apakan daya, ketentuan Allah harus diterima, teacher Su amat disenangi oleh rakan-rakan sejawatnya dan juga murid-murid-murid sekolah ni, orangnya memang cantik, tak puas mata memandang.Kami terasa kehilanganmu.Tak apalah, kami di SK Kerteh ni doakan teacher Su berbahagia di sekolah barunya yang dekat sikit dengan kampungnya.Semoga Sukses.
Posted by Picasa

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah 2011/1432H





Hari ini sekolah mengadakan sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Acara bermula pada pukul 8.00 pagi dan disertai oleh semua murid sekolah ini termasuk murid pra sekolah. Cuaca hari ini alhamdulillah baik seolah-olah memberi restu kepada kita meneruskan usaha murni ini. Perarakan adalah mengikut rumah-rumah sukan dimulai rumah hijau, merah, murid-murid pra sekolah, rumah kuning dan akhir sekali rumah biru. Setiap pasukan mempamerkan pelbagai hasil kreatif ketika menyiapkan kumpulan perarakan. Acara bermula di padang sekolah, murid-murid berarak mengelilingi Taman Wan Adnan iaitu kawasan perumahan yang paling dekat dengan Sekolah Kebangsaan Kerteh. Agak memenatkan, sambil berjalan, mulut berselawat...jauh juga perjalanan .....namun semangat menyambut ulangtahun kelahiran Nabi junjungan tetap diteruskan walaupun masing-masing keletihan.
Pasukan Rumah Merah dengan hamper kemenangan
Selesai perarakan, warga sekolah dijamu dengan nasi ayam ala Itali (kata ustaz Hasbullah). Acara diteruskan dengan pertandingan selawat untuk murid tahap 1 dan nasyid lelaki dan perempuan untuk tahap 2. Setiap rumah sukan menghantar 3 pasukan. Berbagai-bagai gaya dan persembahan yang menarikdapat dilihat di atas pentas bertujuan menambat hati  para juri. Kreativiti guru dan murid terserlah sekali lagi. Seronok juga melihat gelagat murid dan guru hari ini. Akhirnya ustaz Rasfanul selaku pengerusi majlis mengumumkan pemenang bagi pertandingan hari ini.Hadiah telah disampaikan oleh Guru Besar SK Kerteh. Tahniah kepada guru-guru dan murid-murid rumah Merah (rumah cikgu la tu) kerana telah menjadi johan 3 kategori..Tahniah juga kepada pasukan yang lain kerana persiapan yang tidak kurang hebatnya. Walaubagaimanapun hadiah bagi tempat pertama hingga keempat sama nilainya.
.
Kumpulan nasyid yang menjadi johan membawakan  nasyid bertajuk Utusan Terakhir


Sunday, February 20, 2011

e-book

Pada 14 Feb baru-baru ni murid tahun 5 telah diberi e-book sebuah seorang.....program ni khas untuk murid-murid di negeri Terengganu sahaja.Beruntungnya murid-murid di Terengganu ni. kata MB  murid-murid di negeri ini mesti celik komputer..kalau yang tak celik tu..bukan dari negeri Terengganu. 
 Celik tu celik lah, cuma satu yang cikgu nak pesan, gunakanlah ebook yang diberi dengan cara yang sepatutnya, jangan asyik leka dengan 'game' pelajaran diabaikan. kemudahan yang diberi untuk meningkatkan prestasi kita bukan sebaliknya. Tahniah murid tahun 5..jaga molek ebook tu


Saturday, February 12, 2011

AIR TANGAN ORANG YANG TIDAK SOLAT

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,


Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa a.s.

Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), “kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam.” Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak.

Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam. Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya. Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi. Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi. Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu.

Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dsb. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak ‘ kan ? Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia.. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Beware (berhati2) apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra’ Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril as. Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), “As-solah as Solah wa amalakat aimanukum”. Maknanya, “Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu”

Jadi, sama-samalah kita pelihara solat dari segi zahir & batinnya kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang di neraca Mizan kelak. Sahabatku, Jika hari ini aku terlalu gembira, sedarkanlah aku dgn amaran2 Allah. Jika ku bersedih tanpa kata, pujuklah aku dgn tarbiah Pencipta. Jika ku lemah sedarkanlah agar aku berubah. Dan jika esok ku lena tanpa terjaga, iringlah lenaku dgn kalungan doa.. Berjanjilah sahabatku, ukhwah kita utk selamanya.. ~

Wednesday, February 9, 2011

PERTANDINGAN MERENTAS DESA 2011

Hari ini telah diadakan Pertandingan Merentas Desa di sekolah. Acara bermula pada pukul 8.30 pagi. Semua murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6 mengambil bahagian. Trek tahap 1 dan Tahap 2 berbeza, maklumlah tahap 1 budak-budak  kecil, tak larat nak lari jauh.Trek tahap dua memang jauh, sesuai dengan kemampuan mereka, larian mereka bermula dari kawasan sekolah, melalui tapak pasar malam Kerteh, seterusnya ke rumah murah, perumahan panalex, Forest dan balik ke sekolah....jauh tu. Macam-macam ragam yang dapat dilihat hari ini.murid-murid memanglah seronok, cikgu pun begitu juga terutama ketua rumah sukan Biru (siapa pagi..Ustazah Anita la) yang menjadi johan keseluruhan tahun ni, Tahun lepas Rumah Kuning. Bagi cikgu, kemenangan di tempat ketiga selama 2 tahun berturut-turut ni cukuplah, tahun depan RUMAH MERAH mesti juara. Gambar-gambar cikgu tak sempat nak upload...tungguuuuuu.Kepada yang berjaya cikgu ucapkan tahniah dan syabas.Lepas ni kita beri tumpuan kepada latihan sukan pula yang bermula pada hari Ahad 20 Februari 2011.

Tuesday, February 8, 2011

5C1

Sukanya hati Irfan dan Faiz Affendi...... Baru-baru ini Faiz dilantik menjadi naib setiausaha olahraga, nampaknya bolehlah kurus lepas ni sebab selalu turun padang..Irfan pula AJK kelab robotik....
Gambar murid 5C1, kurang 1 orang((Hani Amirah) sebab tak hadir hari ini. Gambar ini diambil dari bilik UPSR, sebab itulah nampak pendek semua.

Murid 4 Cemerlang 1 2011

Gambar ni diambil dari tingkat 2, kononnya nak buat bunting untuk kelas 4C1 untuk gantung depan pintu, tapi tak hantar lagi ke kedai printing. sabarlah ya anak-anak.2 orang pengawas di belakang tu Julia dan Norfarahin, bergaya macam model.Kesiannya masing-masing kepanasan.