Sunday, February 19, 2012

pindah kelas

Antara barisan guru kelas tahun ini bersama guru UBK , Puan Napisah
sibuknya  murid SK  Kerteh minggu lepas. Maklumlah terpaksa berpindah ke kelas lain setelah sebulan bersekolah. Mengapa kena pindah? Tahun 2012 menyaksikan  pertambahan bilangan murid lebih kurang 100 orang. Bilangan murid setiap kelas mencecah kepada 40 orang. padat? Memang padat. Langkah pentadbir sekolah dengan memohon pembukaan kelas baru untuk Tahun 1,4 dan 6 memang diharapkan dan alhamdullilah telah diluluskan kecuali Tahun 4 yang masih menunggu jawapan. Kelas yang baru dibuka ialah 6 Cemerlang  4 dan 1 Cemerlang 4. Ini bermakna bilangan kelas setakat hari ini berjumlah 20. Guru-guru kelas seperti  Cikgu Salhi, Ustazah Haizawati, Cikgu Fauziah, Teacher Jai, Teacher Norazimah, Teacher Sarjit, Cikgu Norhayati, Cikgu Zarina , Cikgu Siti Noreha dan cikgu sendiri bolehlah mulakan kerja-kerja mencuci, mengikis,mengecat,menggantung langsir, mengelap cermin, melengkapkan papan kenyataan dengan jadual waktu, jadual kerja dan sebagainya. Pertandingan keceriaan kelas akan bermula pada bulan Mac ini. Nampak gaya cikgu kena kerja keras tahun ni sebab barisan guru kelas memang hebat belaka. Dapatkah cikgu mempertahankan kejuaraan tahun ini? Just wait and seeeeeee.....

No comments:

Post a Comment