Monday, February 20, 2012

Marilah membaca

Hari ini perpustakaan Pekan Kerteh mengadakan program di SK Kerteh. Banyak juga buku  yang dibawa untuk dibaca oleh murid-murid  sekolah ini. Guru-guru pula bergilir-gilir bawa murid kelas masing-masing . Maka berduyun-duyunlah murid-murid SK Kerteh menyerbu lokasi  aktiviti ini...... bawah pokok kuinin yang teduh tepi kantin. Wah, peluang sudah ada depan mata, banyak buku ni....... kalau tak ambil peluang ni memang rugi, boleh tambah rekod nilam, target tahun ni nak dapat anugerah dan naik pentas masa hari anugerah cemerlang nanti........ JOM JADI ULAT BUKU


No comments:

Post a Comment