Friday, February 24, 2012

KEMPEN KESEDARAN AEDES

Kecil-kecil cili padi.Kecil-kecil merbahaya sekali. Itulah yang boleh dikatakan tentang nyamuk  aedes pembawa utama demam denggi. Sehingga sekarang masih belum ada vaksin untuk demam denggi ini. Nyamuk ini juga dikenalpasti sebagai pembawa kuman chikugunya. Mengikut nasihat pegawai-pegawai kesihatan, penyakit chikugunya tidak semestinya sebahaya denggi tetapi kesan-kesan akibat penyakit ini terutamanya sakit-sakit dibahagian sendi amat teruk sekali sehingga ada yang tidak boleh berjalan dan terpaksa didukung jika ingin ke bilik air.Katanya lagi, bagi yang pernah mengalami sahaja yang tahu bagaimana sakitnya. Apakah tindakan yang boleh kita ambil untuk mencegahnya? Luangkan masa 10 minit seminggu, pastikan tiada kawasan takungan  air dan gunakan ubat  pembunuh jentik-jentik untuk  tempat takuangan air kita seperti kolah air, air pam tandas dan lain-lain. JIKA TIADA AEDES TIADALAH DENGGI.


No comments:

Post a Comment