Monday, July 25, 2011
Cikgu Main bola
Cikgu-cikgu main bola sepak sempena sambutan hari guru 2011...haru biru, guru lelaki pakai kain batik manakala guru perempuan kena pakai kain pelikat. Cikgu Khamsiah antara cikgu yang pantas beraksi di padang.
Pertandingan Bola Baling 2011
Gambar-gambar sekitar pertandingan bola baling PKG Kemasek peringkat separuh akhir di SMKBAS.
Pada 17 , 18 dan 19 April 2011 telah berlangsung pertandingan bola baling peringkat PKG Kemasek.Acara ni rasanya penutup kepada permainan tahun ini. Sekolah kita telah menghantar 2 pasukan iaitu pasukan lelaki dan pasukan perempuan. Pertandingan bola baling perempuan yang berlangsung di padang SMK Badrul Alam Shah, Kemasek ini menyaksikan pasukan kita layak ke peringkat suku akhir kerana telah mendapat keputusan seri dalam 2 permainan dan menang dalam 2 lagi permainan. Dalam pertandingan suku akhir, kita dikalahkan oleh SK Kijal, jadi pasukan perempuan pulang dengan tangan kosong.
Pasukan lelaki menunjukkan belangnya apabila mengalahkan SK Kijal dalam pertandingan peringkat suku akhir sekaligus melayakkan mereka masuk peringkat akhir menentang SK Ketengah Jaya.
Pertandingan peringkat akhir diadakan di padang SK Kerteh sendiri, kedua-dua pasukan berentap merebut tempat pertama dan nyata pasukan SK Kerteh sukar dikalahkan. Tahniah kepada pasukan bola baling SK Kerteh kerana menjadi JOHAN pertandingan bola baling zon PKG Kemasik dan juga JOHAN daerah Kemaman.
Monday, April 18, 2011
Perhimpunan Mingguan 17 April 2011
Entri cikgu kali ni sekadar nak berkongsi sedikit peristiwa yang berlaku semasa perhimpunan pagi Ahad yang lalu. Perjalanan perhimpunan seperti biasa, cuma kali ini ada penyampaian hadiah untuk pemain bola sepak yang menjadi johan pertandingan antara komuniti anjuran TNB, penyampaian hadiah untuk pasukan nasyid sekolah yang mendapat naib johan dalam pertandingan nasyid peringkat PKG Kemasek dan penyampaian hadiah kepada murid-murid Tahun 6 yang berjaya mendapat 5A, 4A dan LSMP dalam OTI 1 baru-baru ini, tahniah diucapkan kepada semua yang berjaya.Semoga kejayaan ini menjadi satu suntikan semangat untuk kalian terus menempa kecemerlangan.Insyaallah. Tahniah juga kepada semua guru dan staff yang bertungkus-lumus melatih, mengajar, mendidik kalian tanpa rasa jemu.Tahniah kepada jurulatih bola sepak iaitu Abang Shawal dan Cikgu Amir, jurulatih nasyid yang terdiri daripada Ustazah Asimah, Ustazah Fauziah, Cikgu Zarina, Ustazah Anita dan ramai lagi. Tahun depan pasukan nasyid kena buat persiapan luar biasa untuk merangkul gelaran johan, tak gitu Ustaz Hasbullah?
![]() |
| Juruteknik komputer sekolah merangkap jurulatih bola sepak sekolah |
![]() |
| Hadiah disampaikan oleh GPK 1- Cikgu Zai Abd Rahman |
![]() |
| Sebahagian Pemain bola Sepak sekolah bersama jurulatihnya. |
![]() |
| Pasukan Nasyid Sekolah |
![]() |
| Murid Tahun 6 yang mendapat 5A,4A dan LSMP dalam OTI 1/2011 |
ha. yang ni gambar guru wanita SK Kerteh |
bertudung putih kerana berkabung.....macam peguam la pula. |
Tuesday, March 15, 2011
Thursday, March 10, 2011
Sukan Tahunan 2011
Hebat, meriah , rancak dan berwarna-warni, itulah perkataan yang dapat menggambarkan suasana Sukan Tahunan kali ke 31 Sekolah Kebangsaan Kerteh pada 3 Februari 2011. Acara yang sememangnya ditunggu-tunggu oleh murid-murid SK Kerteh tak kira murid Tahap 1 mahupun Tahap 2. Murid dan guru berkumpul seawal 7.10 pagi di padang sekolah, di khemah masing-masing yang telah dihias dengan penuh kreativiti ibarat pelukis melakar ilham dikanvasnya. Suasana di padang seperti sedang diadakan satu pesta keramaian.
| Johan Perbarisan |
Acara dimulai dengan perbarisan setiap ahli rumah sukan , unit beruniform dan tidak ketinggalan murid pra sekolah. Setiap kontinjen disertai seorang pembawa sepanduk, pembawa bendera, maskot dan ahli rumah masing-masing seramai 33 orang. Secara peribadi cikgu memang tabik guru-guru yang bertanggung jawab terhadap perbarisan rumah masing-masing. Memang hebat daripada segala aspek termasuklah pakaian, aksesori dan maskot. Maskot Rumah Biru ialah Doraemon, Rumah Merah dengan Burung Garudanya, Rumah Hijau – Penyu dan maskot Rumah Kuning- Sang Lebah. Wakil dari PPD Kemaman, telah merasmikan acara gilang gemilang ini dengan gimik pelancaran melepaskan burung merpati . Seterusnya penyampaian cenderahati kepada ketua kontinjen rumah sukan oleh wakil PPD Kemaman.
| Perbarisan Pra Sekolah diiringi Cikgu Zuraini |
| Perbarisan Rumah Biru |
Selesai perbarisan bermulalah acara sukaneka bagi murid tahap 1 iaitu Bawa bola dalam sudu dan Junjung pundi kacang bagi murid Tahun 1, Golek Gelung dan Lerek Bola dalam Gelung bagi murid Tahun 2 ,Bawa Tiga Bola dan Lerek Bola dengan Kayu Hoki bagi murid Tahun 3 dan sudah semestinya acara balapan bagi murid tahap 2 . Cuaca yang panas dan sinaran matahari yang terik tidak mematahkan semangat murid-murid berusaha untuk mencapai kemenangan dan mengumpul markah untuk rumah sukan masing-masing.
Cikgu nak kongsi sedikit pengalaman sewaktu cikgu mengelola peserta Rumah Merah dan cikgu rasa ketua rumah sukan yang lain pun begitu juga. Hampir 80 peratus Murid-murid tahap 2 memang setia di padang, apabila dipanggil namanya, muncul depan mata, inilah pengalaman cikgu menjadi pengurus peserta Rumah Merah, ada sesetengah peserta tu tak perlu dipanggil namanya, dah pun pergi ke khemah peserta.. Masalah cikgu ialah murid-murid tahap 1, berpeluh cikgu dibuatnya, mana taknya, mula-mula panggil nama ada, sekejap lagi toleh tempat lain dah tak ada, macam biskut oreo ‘ kejap ada kejap tak de’.Peserta Sukaneka tahap 1 cikgu cekup siapa yang ada di situ sebab nak cukupkan 10 orang untuk satu pasukan. Cara cikgu nak tarik perhatian murid-murid tahap 1 di khemah Rumah Merah ialah bercerita ala nenek kebayan, Ada cerita Hantu Kak Limah, ada cerita Naga Tasik Chini…, malahan anak murid di khemah cikgu panggil cucu. Barulah murid tahap 1 ni duduk di khemah. Ketua rumah sukan yang lain mungkin berbeza pula pendekatannya.
Penatnya jadi pengurus peserta, selepas selesai dengan cucu-cucu tahap 1, cikgu pergi ke trek, pergi jampi serapah dan buat apa yang patut , bagi kata-kata semangat, nenek kebayan tunggu pula di garisan penamat, menang nenek puji kalah nenek pujuk pula…..
| Sorakan gembira pasukan Rumah Biru |
Okaylah, berbalik kepada sukan kita tadi, acara perasmian penutupan telah disempurnakan oleh YM Tuan Zahari bin Tuan Long, Guru Besar SK Kerteh. Acara berakhir agak lewat juga tapi bahang kepanasan tak diendahkan dek keseronokan dan semangat kesukanan.
Secara keseluruhannya Rumah Biru telah mendapat markah tertinggi dan diumumkan sebagai JUARA Sukan Tahunan 2011.Tahniah kepada Ustazah Anita, guru-guru dan murid-murid rumah Biru. Acara Perbarisan Unit Uniform dimenangi oleh Pasukan Pandu Puteri Tunas manakala acara perbarisan rumah sukan dijuarai oleh kontinjen Rumah Merah. Rumah Merah sekali lagi telah diumumkan sebagai pemenang Hiasan Khemah Terbaik 2011. Olahragawan Tahun ini dimenangi oleh Haziq Syahmi bin Mujahid Fauzi dari Rumah Merah manakala Olahragawatinya ialah Liyana Athirah dari Rumah Hijau..
| Olahragawan dan Olahragawati 2011 |
| Ustaz Hasbullah menyampaikan hadiah |
| Guru-guru dan Murid-murid Rumah Merah dengan piala dan hadiah kemenangan. |
| Khemah Rumah Hijau- Hijau Cah Ligah |
| Cikgu Raztia menerima hadiah untuk Hiasan Khemah Terbaik |
| Ketua Rumah Kuning- Cikgu Noriza Sariman masih `maintain' walaupun letih |
| Ketua Rumah Hijau-Ustazah Azimah dan pasukannya |
Sukan Tahunan kali ini memang meriah dan menerima sambutan yang menggalakkan daripada semua pihak terutama ibu bapa yang turut sama berada di khemah rumah-rumah sukan.
Di sini cikgu juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua ibu , bapa dan penjaga yang telah sama-sama menjayakan Sukan Tahunan kali ini seperti menyediakan air di khemah sukan rumah merah. Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian.
Di sini cikgu juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua ibu , bapa dan penjaga yang telah sama-sama menjayakan Sukan Tahunan kali ini seperti menyediakan air di khemah sukan rumah merah. Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian.
Nantikan entri cikgu seterusnya khas mengenai hiasan khemah sukan. tungggguuuu.
Any Comment??
Any Comment??
Thursday, February 24, 2011
Teacher Norsuhaila
T
eacher Norsuhaila dalam kenangan...beliau telah bertukar ke SK Pulau Rusa bermula 1 Februari 2011. Gambar ni diambil selepas jamuan perpisahan beliau di bilik guru dan bilik UPSR. Sedihnya, rasanya baru saja teacher Su mengajar di sini, sudah pergi meninggalkan kita...namun apakan daya, ketentuan Allah harus diterima, teacher Su amat disenangi oleh rakan-rakan sejawatnya dan juga murid-murid-murid sekolah ni, orangnya memang cantik, tak puas mata memandang.Kami terasa kehilanganmu.Tak apalah, kami di SK Kerteh ni doakan teacher Su berbahagia di sekolah barunya yang dekat sikit dengan kampungnya.Semoga Sukses.
eacher Norsuhaila dalam kenangan...beliau telah bertukar ke SK Pulau Rusa bermula 1 Februari 2011. Gambar ni diambil selepas jamuan perpisahan beliau di bilik guru dan bilik UPSR. Sedihnya, rasanya baru saja teacher Su mengajar di sini, sudah pergi meninggalkan kita...namun apakan daya, ketentuan Allah harus diterima, teacher Su amat disenangi oleh rakan-rakan sejawatnya dan juga murid-murid-murid sekolah ni, orangnya memang cantik, tak puas mata memandang.Kami terasa kehilanganmu.Tak apalah, kami di SK Kerteh ni doakan teacher Su berbahagia di sekolah barunya yang dekat sikit dengan kampungnya.Semoga Sukses.
Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah 2011/1432H
Hari ini sekolah mengadakan sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Acara bermula pada pukul 8.00 pagi dan disertai oleh semua murid sekolah ini termasuk murid pra sekolah. Cuaca hari ini alhamdulillah baik seolah-olah memberi restu kepada kita meneruskan usaha murni ini. Perarakan adalah mengikut rumah-rumah sukan dimulai rumah hijau, merah, murid-murid pra sekolah, rumah kuning dan akhir sekali rumah biru. Setiap pasukan mempamerkan pelbagai hasil kreatif ketika menyiapkan kumpulan perarakan. Acara bermula di padang sekolah, murid-murid berarak mengelilingi Taman Wan Adnan iaitu kawasan perumahan yang paling dekat dengan Sekolah Kebangsaan Kerteh. Agak memenatkan, sambil berjalan, mulut berselawat...jauh juga perjalanan .....namun semangat menyambut ulangtahun kelahiran Nabi junjungan tetap diteruskan walaupun masing-masing keletihan.![]() |
| Pasukan Rumah Merah dengan hamper kemenangan |
Selesai perarakan, warga sekolah dijamu dengan nasi ayam ala Itali (kata ustaz Hasbullah). Acara diteruskan dengan pertandingan selawat untuk murid tahap 1 dan nasyid lelaki dan perempuan untuk tahap 2. Setiap rumah sukan menghantar 3 pasukan. Berbagai-bagai gaya dan persembahan yang menarikdapat dilihat di atas pentas bertujuan menambat hati para juri. Kreativiti guru dan murid terserlah sekali lagi. Seronok juga melihat gelagat murid dan guru hari ini. Akhirnya ustaz Rasfanul selaku pengerusi majlis mengumumkan pemenang bagi pertandingan hari ini.Hadiah telah disampaikan oleh Guru Besar SK Kerteh. Tahniah kepada guru-guru dan murid-murid rumah Merah (rumah cikgu la tu) kerana telah menjadi johan 3 kategori..Tahniah juga kepada pasukan yang lain kerana persiapan yang tidak kurang hebatnya. Walaubagaimanapun hadiah bagi tempat pertama hingga keempat sama nilainya.
![]() |
| Kumpulan nasyid yang menjadi johan membawakan nasyid bertajuk Utusan Terakhir |
Subscribe to:
Posts (Atom)



















