Thursday, February 24, 2011

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah 2011/1432H





Hari ini sekolah mengadakan sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Acara bermula pada pukul 8.00 pagi dan disertai oleh semua murid sekolah ini termasuk murid pra sekolah. Cuaca hari ini alhamdulillah baik seolah-olah memberi restu kepada kita meneruskan usaha murni ini. Perarakan adalah mengikut rumah-rumah sukan dimulai rumah hijau, merah, murid-murid pra sekolah, rumah kuning dan akhir sekali rumah biru. Setiap pasukan mempamerkan pelbagai hasil kreatif ketika menyiapkan kumpulan perarakan. Acara bermula di padang sekolah, murid-murid berarak mengelilingi Taman Wan Adnan iaitu kawasan perumahan yang paling dekat dengan Sekolah Kebangsaan Kerteh. Agak memenatkan, sambil berjalan, mulut berselawat...jauh juga perjalanan .....namun semangat menyambut ulangtahun kelahiran Nabi junjungan tetap diteruskan walaupun masing-masing keletihan.
Pasukan Rumah Merah dengan hamper kemenangan
Selesai perarakan, warga sekolah dijamu dengan nasi ayam ala Itali (kata ustaz Hasbullah). Acara diteruskan dengan pertandingan selawat untuk murid tahap 1 dan nasyid lelaki dan perempuan untuk tahap 2. Setiap rumah sukan menghantar 3 pasukan. Berbagai-bagai gaya dan persembahan yang menarikdapat dilihat di atas pentas bertujuan menambat hati  para juri. Kreativiti guru dan murid terserlah sekali lagi. Seronok juga melihat gelagat murid dan guru hari ini. Akhirnya ustaz Rasfanul selaku pengerusi majlis mengumumkan pemenang bagi pertandingan hari ini.Hadiah telah disampaikan oleh Guru Besar SK Kerteh. Tahniah kepada guru-guru dan murid-murid rumah Merah (rumah cikgu la tu) kerana telah menjadi johan 3 kategori..Tahniah juga kepada pasukan yang lain kerana persiapan yang tidak kurang hebatnya. Walaubagaimanapun hadiah bagi tempat pertama hingga keempat sama nilainya.
.
Kumpulan nasyid yang menjadi johan membawakan  nasyid bertajuk Utusan Terakhir


No comments:

Post a Comment