![]() |
| Antara barisan guru kelas tahun ini bersama guru UBK , Puan Napisah |
Sunday, February 19, 2012
pindah kelas
Facebook @muka buku
aplikasi facebook dibina kerana Mark Zuckerberg putus cinta?? biar betul......
Hampir semua pengguna tahu siapa pengasas aplikasi facebook ini. Banyak versi tentang sejarah asal usul facebook in
Asal usul facebook (Indonesia)
Asal usul jaringan laman web sosial
bagus ke facebook ni? cuba baca kisah ini......
Lelaki mati kerana facebook
dan kisah ini........Disamun kenalan laman sosial
Awas!!!!! sihir di laman web
Hampir semua pengguna tahu siapa pengasas aplikasi facebook ini. Banyak versi tentang sejarah asal usul facebook in
Asal usul facebook (Indonesia)
Asal usul jaringan laman web sosial
bagus ke facebook ni? cuba baca kisah ini......
Lelaki mati kerana facebook
dan kisah ini........Disamun kenalan laman sosial
Awas!!!!! sihir di laman web
Wednesday, August 10, 2011
Mangsa simbah asid rindu bapa
Semalam menonton rancangan Iktibar di TV3, kisah Nurul Dahyatul Fazlinda atau Lin mangsa simbah asid bapanya sendiri. Lin rindu terhadap ayah yang sedang dipenjara. Kesiankan...apalah malang nasib Lin.Dulu sebelum kena simbah wajahnya, mukanya normal macam orang lain, bagaimanalah dia akan menghadapi masa depannya. Lin baru berumur 10 tahun terpaksa menanggung kesakitan, malu............Hari ni pula ada berita mengenainya di surat khabar.Memang menyayat hati...anak tu amanah kepada ayah dan ibu. Kepada siapa lagi hendak anak-anak mengadu kalau bukan kepada kedua-dua ibu bapa, tapi kalau bapa sendiri pun dah tak sayang anak.....entahlah., menyesal sudah tidak berguna lagi, nasi sudah menjadi bubur..................
Tuesday, August 2, 2011
Blog baru SK Kerteh
Blog Sk Kerteh sedang dalam pembinaan tetapi sudah boleh diakses oleh semua. Banyak maklumat yang ada di blog ini. Bila ada masa terluang bolehlah jenguk blog ni ya. Tahniah cikgu Marina dan Abang Zukhairi yang memulakan langkah awal membina blog ini . Lepas ni kena update sokmo lah. To all my students, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan info terkini SK Kerteh di blog ini.
Monday, July 25, 2011
Cikgu Main bola
Cikgu-cikgu main bola sepak sempena sambutan hari guru 2011...haru biru, guru lelaki pakai kain batik manakala guru perempuan kena pakai kain pelikat. Cikgu Khamsiah antara cikgu yang pantas beraksi di padang.
Pertandingan Bola Baling 2011
Gambar-gambar sekitar pertandingan bola baling PKG Kemasek peringkat separuh akhir di SMKBAS.
Pada 17 , 18 dan 19 April 2011 telah berlangsung pertandingan bola baling peringkat PKG Kemasek.Acara ni rasanya penutup kepada permainan tahun ini. Sekolah kita telah menghantar 2 pasukan iaitu pasukan lelaki dan pasukan perempuan. Pertandingan bola baling perempuan yang berlangsung di padang SMK Badrul Alam Shah, Kemasek ini menyaksikan pasukan kita layak ke peringkat suku akhir kerana telah mendapat keputusan seri dalam 2 permainan dan menang dalam 2 lagi permainan. Dalam pertandingan suku akhir, kita dikalahkan oleh SK Kijal, jadi pasukan perempuan pulang dengan tangan kosong.
Pasukan lelaki menunjukkan belangnya apabila mengalahkan SK Kijal dalam pertandingan peringkat suku akhir sekaligus melayakkan mereka masuk peringkat akhir menentang SK Ketengah Jaya.
Pertandingan peringkat akhir diadakan di padang SK Kerteh sendiri, kedua-dua pasukan berentap merebut tempat pertama dan nyata pasukan SK Kerteh sukar dikalahkan. Tahniah kepada pasukan bola baling SK Kerteh kerana menjadi JOHAN pertandingan bola baling zon PKG Kemasik dan juga JOHAN daerah Kemaman.
Monday, April 18, 2011
Perhimpunan Mingguan 17 April 2011
Entri cikgu kali ni sekadar nak berkongsi sedikit peristiwa yang berlaku semasa perhimpunan pagi Ahad yang lalu. Perjalanan perhimpunan seperti biasa, cuma kali ini ada penyampaian hadiah untuk pemain bola sepak yang menjadi johan pertandingan antara komuniti anjuran TNB, penyampaian hadiah untuk pasukan nasyid sekolah yang mendapat naib johan dalam pertandingan nasyid peringkat PKG Kemasek dan penyampaian hadiah kepada murid-murid Tahun 6 yang berjaya mendapat 5A, 4A dan LSMP dalam OTI 1 baru-baru ini, tahniah diucapkan kepada semua yang berjaya.Semoga kejayaan ini menjadi satu suntikan semangat untuk kalian terus menempa kecemerlangan.Insyaallah. Tahniah juga kepada semua guru dan staff yang bertungkus-lumus melatih, mengajar, mendidik kalian tanpa rasa jemu.Tahniah kepada jurulatih bola sepak iaitu Abang Shawal dan Cikgu Amir, jurulatih nasyid yang terdiri daripada Ustazah Asimah, Ustazah Fauziah, Cikgu Zarina, Ustazah Anita dan ramai lagi. Tahun depan pasukan nasyid kena buat persiapan luar biasa untuk merangkul gelaran johan, tak gitu Ustaz Hasbullah?
![]() |
| Juruteknik komputer sekolah merangkap jurulatih bola sepak sekolah |
![]() |
| Hadiah disampaikan oleh GPK 1- Cikgu Zai Abd Rahman |
![]() |
| Sebahagian Pemain bola Sepak sekolah bersama jurulatihnya. |
![]() |
| Pasukan Nasyid Sekolah |
![]() |
| Murid Tahun 6 yang mendapat 5A,4A dan LSMP dalam OTI 1/2011 |
ha. yang ni gambar guru wanita SK Kerteh |
bertudung putih kerana berkabung.....macam peguam la pula. |
Subscribe to:
Posts (Atom)













