Thursday, March 10, 2011

Sukan Tahunan 2011

Hebat, meriah , rancak dan berwarna-warni, itulah perkataan yang dapat menggambarkan suasana Sukan  Tahunan kali ke 31 Sekolah Kebangsaan Kerteh pada 3 Februari 2011. Acara yang sememangnya ditunggu-tunggu oleh murid-murid SK Kerteh tak kira murid Tahap 1 mahupun Tahap 2. Murid dan guru berkumpul seawal 7.10 pagi di padang sekolah, di khemah masing-masing yang telah dihias dengan penuh kreativiti ibarat pelukis melakar ilham dikanvasnya. Suasana di padang seperti sedang diadakan satu pesta keramaian.

Johan Perbarisan
Acara dimulai dengan perbarisan setiap ahli rumah sukan , unit beruniform dan tidak ketinggalan murid pra sekolah. Setiap kontinjen disertai seorang pembawa sepanduk, pembawa bendera, maskot dan ahli rumah masing-masing seramai 33 orang. Secara peribadi cikgu memang tabik guru-guru yang bertanggung jawab terhadap perbarisan rumah masing-masing. Memang hebat daripada segala aspek termasuklah pakaian, aksesori dan maskot. Maskot Rumah Biru ialah Doraemon, Rumah Merah  dengan Burung Garudanya, Rumah Hijau – Penyu dan  maskot Rumah Kuning- Sang Lebah. Wakil dari PPD Kemaman, telah merasmikan  acara gilang gemilang ini  dengan gimik pelancaran melepaskan burung merpati . Seterusnya penyampaian cenderahati kepada ketua kontinjen rumah sukan oleh wakil PPD Kemaman.



Perbarisan Pra Sekolah diiringi Cikgu Zuraini
Perbarisan Rumah Biru
Selesai perbarisan bermulalah acara sukaneka bagi murid tahap 1 iaitu Bawa bola dalam sudu dan Junjung pundi kacang bagi murid Tahun 1, Golek  Gelung dan Lerek Bola dalam Gelung bagi murid Tahun 2 ,Bawa Tiga Bola dan Lerek Bola dengan Kayu Hoki bagi murid Tahun 3  dan sudah semestinya acara balapan bagi murid tahap 2 . Cuaca yang panas dan sinaran matahari yang terik  tidak mematahkan semangat murid-murid berusaha untuk mencapai kemenangan dan mengumpul markah untuk rumah sukan masing-masing.

Cikgu nak kongsi sedikit pengalaman sewaktu cikgu mengelola peserta Rumah Merah dan cikgu rasa ketua rumah sukan yang lain pun begitu juga. Hampir 80 peratus Murid-murid tahap 2 memang setia di padang, apabila dipanggil namanya, muncul depan mata, inilah pengalaman cikgu menjadi pengurus peserta Rumah Merah, ada sesetengah peserta tu tak perlu dipanggil namanya, dah pun pergi ke khemah peserta.. Masalah cikgu ialah murid-murid tahap 1, berpeluh cikgu dibuatnya, mana taknya, mula-mula panggil nama ada, sekejap lagi toleh tempat lain dah tak ada, macam biskut oreo ‘ kejap ada kejap tak de’.Peserta Sukaneka tahap 1 cikgu cekup siapa yang ada di situ sebab nak cukupkan 10 orang untuk satu pasukan.  Cara cikgu nak tarik perhatian murid-murid tahap 1 di khemah Rumah Merah ialah bercerita ala nenek kebayan, Ada cerita Hantu Kak Limah, ada cerita Naga Tasik Chini…, malahan anak murid di khemah cikgu panggil cucu. Barulah murid tahap 1 ni duduk di khemah. Ketua rumah sukan yang lain mungkin berbeza pula pendekatannya.
Merah Tetap Unggul
Penatnya jadi pengurus peserta, selepas selesai dengan cucu-cucu  tahap 1, cikgu pergi ke trek, pergi jampi serapah dan buat apa yang patut , bagi kata-kata semangat, nenek kebayan tunggu pula di garisan penamat, menang nenek puji kalah nenek pujuk pula…..
Sorakan gembira pasukan Rumah Biru
 Okaylah, berbalik kepada sukan kita tadi, acara perasmian  penutupan telah disempurnakan oleh YM Tuan Zahari bin Tuan Long, Guru Besar SK Kerteh. Acara berakhir agak lewat juga tapi bahang kepanasan tak diendahkan  dek keseronokan dan semangat kesukanan.

Secara keseluruhannya Rumah Biru telah mendapat markah tertinggi dan diumumkan sebagai JUARA Sukan Tahunan 2011.Tahniah kepada Ustazah Anita, guru-guru dan murid-murid rumah Biru. Acara Perbarisan Unit Uniform dimenangi oleh Pasukan Pandu Puteri Tunas manakala  acara perbarisan rumah sukan dijuarai oleh kontinjen Rumah Merah. Rumah Merah sekali lagi telah diumumkan sebagai pemenang Hiasan Khemah Terbaik 2011. Olahragawan Tahun ini dimenangi oleh Haziq Syahmi bin Mujahid Fauzi dari Rumah Merah manakala Olahragawatinya ialah Liyana Athirah dari Rumah Hijau..
Olahragawan dan Olahragawati 2011
Ustaz Hasbullah menyampaikan hadiah

Guru-guru dan Murid-murid Rumah Merah dengan piala dan hadiah kemenangan.
Khemah Rumah Hijau- Hijau Cah Ligah
Cikgu Raztia menerima hadiah untuk Hiasan Khemah Terbaik
Ketua Rumah Kuning- Cikgu Noriza Sariman masih `maintain' walaupun letih
Ketua Rumah Hijau-Ustazah Azimah dan pasukannya
Sukan Tahunan kali ini memang meriah dan menerima sambutan yang menggalakkan daripada semua pihak terutama ibu bapa yang turut sama berada di khemah rumah-rumah sukan.

Di sini cikgu juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua ibu , bapa dan penjaga yang telah sama-sama menjayakan Sukan Tahunan kali ini seperti menyediakan air di khemah sukan rumah merah. Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian.

Nantikan entri cikgu seterusnya khas mengenai hiasan khemah sukan. tungggguuuu.

Any Comment??

1 comment:

  1. bagus rmh mrh
    xp insyaAllah kalau ade rezeki..rmh mrh dpt no.1 plk thun dpn..
    klhkn umh biru
    GO MERAH!

    ReplyDelete