Program 60 minit 'Sihat Cergas, Bakar Kalori' Anjuran unit ko-kurikulum dan Kelab Robotik SK Kertih
Senaman amat penting
bagi meningkatkan kesihatan diri kita. Amalan bersenam akan menjadikan kita
lebih cergas, memberi ketenangan diri, dan pastinya dapat menolong mengawal berat badan dengan membakar
kalori di dalam tubuh badan. Senaman merupakan satu bentuk aktiviti fizikal
atau rekreasi yang menyeronokkan dirancang dan diulang-ulang, dilakukan untuk
meningkatkan status kesihatan dan tahap kecergasan.
tify'>Bagi menentukan
kehidupan sentiasa cergas, kita memerlukan senaman terutama pada zaman moden
ini. Kerja seharian tidak menjanjikan kecergasan. Oleh itu, masa lapang
diperlukann untuk menjalankan aktiviti-aktiviti fizikal. Ini akan memberi kesan
pada kecergasan. Kita perlu bijak memilih aktiviti yang bersesuaian dan
aktiviti yang menarik pastinya menimbulkan
perasaan seronok
Zumba ni satu
aktiviti yang bagus! Kita boleh enjoy dan pada masa yang sama peluh pun keluar.
Kalau anda jenis yang malas nak excercise, tapi suka menari.. Zumbalah
penyelesaiannya…..jom berzumba bersama warga SK Kerteh.
Instruktur zumba untuk program hari ini ialah Puan Diana dari Kelab Nutri Cozy