Kem teknik menjawab soalan murid-murid Tahun 4 telah berlangsung pada hari Isnin dan Selasa 14-15 Mei 2012. Program telah diadakan di Makmal Komputer Al-Jazari bermula pukul 8.00 pagi hingga 1.15 tengahari. Cikgu telah dijemput untuk menjadi penceramah bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Cikgu Hamdan bagi mata pelajaran Sains, Bahasa Inggeris- Teacher Norazimah dan matematik telah disampaikan oleh cikgu Khamisah. Kem ini dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kauseling sekolah yang diterajui oleh Cikgu Napisah Abd Rahman
Sunday, May 20, 2012
Hadiah Hari Guru 2012
Hadiah itu sesuatu pemberian yang indah diberikan kepada kita tanda penghargaan. Siapa yang tak suka hadiah.Tiada orang yang tak suka dengan pemberian hadiah. Bentuk hadiah itu sendiri tidak penting, yang dinilai ialah keikhlasan yang tersirat disebaliknya.
Sempena Hari Guru 2012, saya sangat berbesar hati dan ingin merakamkan berbanyak-banyak terima kasih buat sahabat-sahabat guru serta murid-murid anak didik saya yang sudi menghadiahkan hadiah yang bagi saya amat besar nilainya untuk dikenang sepanjang zaman. Thank you so much. Menerima hadiah ini membuatkan saya tersenyum simpul sepanjang hari. Apatah lagi ada hadiah yang diterima daripada murid tahap satu. Terima kasih semua atas ucapan, pemberian, dan doa-doa kesejahteraan daripada kalian semua. Semoga kita akan sentiasa mendapat rahmat dan kasih sayang daripada Allah swt.
Buat cikgu-cikgu yang mengajar anakku Sofeana , terima kasih kerana bersabar menghadapi dan melayani karenah dan perangainya . Terimalah pemberian yang tak seberapa ini.....
Buat cikgu-cikgu yang mengajar anakku Sofeana , terima kasih kerana bersabar menghadapi dan melayani karenah dan perangainya . Terimalah pemberian yang tak seberapa ini.....
Labels:
apam polka dot,
hadiah,
hari guru,
ikhlas,
pemberian,
terima kasih
Aktiviti Hari Guru 2012
Selesai pertandingan memancing, guru-guru berkumpul di Astaka sekolah untuk acara seterusnya....
Anugerah Guru paling bersih.- Cikgu Aminurashid....bukan bersih 3.0 ya |
Anugerah guru happy sokmo- Cikgu Zaleha |
Anugerah guru paling bersopan-santun- Teacher Ruzaini |
Teacher Norazimah dapat tupperware....eiiii bestnya. |
Anugerah Guru datang paling awal ke sekolah.- Cikgu Wahida Alias......ehem ehem.. sebelum pukul 7.00 pagi tuuu |
Anugerah guru paling Kreatif dan Inovatif- Cikgu Marzuki |
Anugerah guru bersuara merdu- Cikgu Khairuddin Ismail |
Anugerah ' Teacher of The Year' dimenangi Ustaz Hasbullah. Hadiah disampaikan oleh PK1 Cikgu Zaki |
Anugerah Guru paling sporting- Cikgu Marina |
Pertandingan Memancing
Julung-julung kali diadakan di kolam sekangkang kera Taman SPBT dan mendapat sambutan yang luar biasa, semua guru mempamerkan kehebatan masing-masing memancing ikan keli dengan joran buatan sendiri. Pengalaman yang tidak akan kulupakan,.....baruku tahu perasaan seorang pemancing apabila umpannya diragut ikan, puas.Ikan yang dipancing kemudiannya diagih-agihkan kepada murid-murid SK Kerteh
Kolam yang cantik dihiasi 'water lily' merah jambu dipenuhi ikan keli |
Ahli kumpulan pisang |
Hasil tangkapan, masak lomak sodap ni.... |
Cikgu Hamdan dengan hasil tangkapannya |
Eh eh...kenapa dengan Cikgu Khairuddin ni? |
Cikgu Zukri tu sedang buat apa agaknya? |
Para juri sedang tekun menimbang ikan |
Horee, hasil tangkapan yang pertama, mata untuk kumpulan pisang |
Muka Teacher Norazimah tu macam geli je dengan ikan yang dipegang. |
Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2012
Tanggal 16 Mei setiap tahun Hari Guru di Malaysia disambut sebagai penghargaan kepada para guru. Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.
Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.
Tema Hari guru pada tahun ini : Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
Sambutan Hari Guru di SK Kerteh tahun ini seperti juga tahun-tahun yang lalu, tetap meriah dengan pelbagai aktiviti yang dirancang oleh Kelab Guru (Kaseh) yang dipengerusikan oleh Ustaz Hasbullah. Antara aktiviti yang diadakan adalah persembahan murid, persembahan koir guru-guru, pertukaran hadiah, anugerah guru dan pertandingan memancing. Sehari sebelum sambutan ini, Kaseh telah menganjurkan pertandingan bowling di Mesra Mall, Kemasek.
Bacaan doa oleh Ustaz Anuar Salleh |
Ucapan Ketua Murid: Ahmad Khairul Irfan bin Khalid dari 6 Alpha |
Cikgu Zukri selaku pengacara majlis yang punya stail tersendiri |
Wajah-wajah ceria guru SK Kerteh |
Acara memotong kek disempurnakan oleh barisan pentadbir sekolah |
Cikgu Marzuki mewakili YDP PIBG menyampaikan cenderahati semua guru |
Murid Tahun 3 menyampaikan lagu yang menyentuh hati guru-guru |
Kenapa saya jadi cikgu?
Kenapa saya jadi cikgu? Dah tak de kerja lain@senang nak masuk IPGM@mak suruh@ayah suruh@saudara saya ramai jadi cikgu@gaji banyak@kerja separuh hari@banyak cuti@ minattttt sangat............. Semuanya salah. Saya jadi cikgu sebab cikgu saya kata saya sesuai dengan kerjaya ini...Allah kurniakan saya kebolehan, bakat dan kreativiti untuk saya bersama-sama warga pendidik yang lain mendidik anak bangsa.... , and you are right cikgu. Terimakasih dan al fatihah untuk allahyarham cikgu Suratman bin Sirat bekas guru SMK Telok Datok, Banting, Selangor yang membuka mindaku dengan izinNya. Jasamu dan semua guru yang pernah mendidikku akan sentiasa kukenang.
Murid-murid 4 Gamma 2012
Sesi penganbaran tidak formal 4 Gamma, lihatlah aksi masing-masing, macam-macam gaya ada,......kreatif. Inilah yang membuatkan guru kelas mereka, Teacher Norazimah Dollah bertambah ceria dan happy sokmo........dan kadang-kadang ada jugalah pening memikirkan cara nak meningkatkan prestasi murid kesayangan
Wednesday, May 9, 2012
Keceriaan Kelas
Bagi mewujudkan suasana
yang ceria dan selesa berkonsepkan kelasku kamarku, semua murid-murid 4 Alpha telah bekerjasama bersama-sama Cikgu Raztia
untuk menceriakan kelas.
Hasilnya, kelas telah menampakkan suasana yang ceria dan
menggembirakan murid-murid. Dinding dan pintu yang pudar telah dicat baru, kata-kata motivasi
diletakkan di dinding. poster, kata-kata hikmat, nasihat dan sebagainya menjadi
hiasan di kelas. Diharapkan semoga suasana yang ceria dan kondusif sebegini
akan menaikkan semangat kepada semua murid 4 Alpha untuk belajar dan berjaya. Jaga dan peliharalah apa yang telah kita usahakan sampai akhir tahun ini. Terima
kasih juga kepada guru-guru yang
mengajar 4 Alpha yang sentiasa cakna dan menyumbang sama untuk menceriakan
kelas ini.
Walaubagaimanapun, masih
ada ruang kosong yang boleh kita isi wahai anak-anakku, tunggulah, kita buat
sikit-sikit ya...nanti siap juga akhirnya.
Tuesday, May 8, 2012
Anak-anakku 4Alpha
Panas terik? 4 Alpha tak kisah pun, sesi pengambaran berjalan dengan lancar...... yang pentingnya dapat bergambar dengan kawan-kawan sekelas. Lewat sikit bergambar siap buat ni sebab baru siap buat karangan dalam kelas.Murid 4 alpha tinggal 39 orang, tapi hari ini 5 orang tak ada. Tak la masuk muka mereka........naqib demam, syafiq patah tangan, myrissa temujanji dengan doktor di KL dan Danial Yahya demam....... lepas ni boleh print dan frame gambar ni ya.
Subscribe to:
Posts (Atom)