Sunday, May 20, 2012

Kem Teknik Menjawab Soalan Tahun 4

Kem teknik menjawab soalan murid-murid Tahun 4 telah berlangsung  pada hari Isnin dan Selasa  14-15 Mei 2012.  Program telah diadakan  di Makmal Komputer Al-Jazari bermula pukul 8.00 pagi hingga 1.15 tengahari. Cikgu telah dijemput untuk  menjadi  penceramah bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Cikgu Hamdan bagi mata pelajaran Sains, Bahasa Inggeris- Teacher Norazimah dan matematik telah disampaikan oleh cikgu Khamisah. Kem ini dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kauseling sekolah yang diterajui oleh Cikgu Napisah Abd Rahman





Hadiah Hari Guru 2012

Hadiah itu sesuatu pemberian yang indah diberikan kepada kita tanda penghargaan. Siapa yang tak suka hadiah.Tiada orang yang tak suka dengan pemberian hadiah. Bentuk hadiah itu sendiri  tidak penting, yang dinilai ialah keikhlasan yang tersirat disebaliknya.


Sempena Hari Guru 2012, saya sangat  berbesar hati dan ingin merakamkan berbanyak-banyak terima kasih buat sahabat-sahabat guru serta murid-murid anak didik saya yang sudi menghadiahkan hadiah yang bagi saya amat besar nilainya untuk dikenang sepanjang zaman. Thank you so much. Menerima hadiah ini membuatkan  saya tersenyum simpul sepanjang hari. Apatah lagi ada hadiah yang diterima daripada murid tahap satu.  Terima kasih semua atas ucapan, pemberian, dan doa-doa kesejahteraan daripada kalian semua. Semoga kita akan sentiasa mendapat rahmat dan kasih sayang daripada Allah swt.
     Buat cikgu-cikgu yang mengajar anakku Sofeana , terima kasih kerana bersabar menghadapi dan melayani karenah dan perangainya . Terimalah pemberian yang tak seberapa ini.....

Aktiviti Hari Guru 2012

Selesai pertandingan memancing, guru-guru berkumpul di Astaka sekolah untuk acara seterusnya....
Anugerah Guru paling bersih.- Cikgu Aminurashid....bukan bersih 3.0 ya

Anugerah guru happy sokmo- Cikgu Zaleha

Anugerah guru paling bersopan-santun- Teacher Ruzaini

Teacher Norazimah dapat tupperware....eiiii bestnya.

Anugerah Guru datang paling awal ke sekolah.- Cikgu Wahida Alias......ehem ehem.. sebelum pukul 7.00 pagi tuuu


Anugerah guru paling Kreatif dan Inovatif- Cikgu Marzuki

Anugerah guru bersuara merdu- Cikgu Khairuddin Ismail

Anugerah ' Teacher of The Year' dimenangi Ustaz Hasbullah. Hadiah disampaikan oleh PK1 Cikgu Zaki
Anugerah Guru paling sporting- Cikgu Marina

Pertandingan Memancing

Julung-julung kali diadakan di kolam sekangkang kera Taman SPBT dan mendapat sambutan yang luar biasa, semua guru mempamerkan kehebatan masing-masing memancing ikan keli dengan joran buatan sendiri. Pengalaman yang tidak akan kulupakan,.....baruku tahu perasaan seorang pemancing apabila umpannya diragut ikan, puas.Ikan yang dipancing kemudiannya diagih-agihkan kepada murid-murid SK Kerteh

Kolam yang cantik dihiasi 'water lily' merah jambu dipenuhi ikan keli

Ahli kumpulan pisang


Hasil tangkapan, masak lomak sodap ni....

Cikgu Hamdan dengan hasil tangkapannya

Eh eh...kenapa dengan Cikgu Khairuddin ni?

Cikgu Zukri tu sedang buat apa agaknya?

Para juri sedang tekun menimbang ikan

Horee, hasil tangkapan yang pertama, mata untuk kumpulan pisang

Muka Teacher Norazimah tu macam geli je dengan ikan yang dipegang.

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2012

Tanggal 16 Mei  setiap tahun  Hari Guru di Malaysia disambut  sebagai penghargaan kepada para guru. Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.
Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.
Tema Hari guru pada tahun ini : Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara

Sambutan Hari Guru di SK Kerteh tahun ini seperti juga tahun-tahun yang lalu, tetap meriah dengan pelbagai aktiviti yang dirancang oleh Kelab Guru (Kaseh) yang dipengerusikan oleh Ustaz Hasbullah. Antara aktiviti yang diadakan adalah persembahan murid, persembahan koir guru-guru, pertukaran hadiah, anugerah guru dan pertandingan memancing. Sehari sebelum sambutan ini, Kaseh telah menganjurkan pertandingan bowling di Mesra Mall, Kemasek. 


Bacaan doa oleh Ustaz Anuar Salleh

Ucapan Ketua Murid: Ahmad Khairul  Irfan bin Khalid dari 6 Alpha

Cikgu Zukri selaku  pengacara majlis yang punya stail tersendiri

Wajah-wajah ceria guru SK Kerteh
Acara memotong kek disempurnakan oleh barisan pentadbir sekolah

Cikgu Marzuki mewakili YDP PIBG menyampaikan cenderahati  semua guru

Murid Tahun 3 menyampaikan lagu yang menyentuh hati guru-guru

Kenapa saya jadi cikgu?

Kenapa saya jadi cikgu? Dah tak de kerja lain@senang nak masuk IPGM@mak suruh@ayah suruh@saudara saya ramai jadi cikgu@gaji banyak@kerja separuh hari@banyak cuti@ minattttt sangat............. Semuanya salah. Saya jadi cikgu sebab cikgu saya kata saya sesuai dengan kerjaya ini...Allah kurniakan saya kebolehan, bakat dan kreativiti untuk saya bersama-sama warga pendidik yang lain mendidik anak bangsa.... , and you are right cikgu. Terimakasih dan al fatihah untuk allahyarham cikgu Suratman bin Sirat  bekas guru SMK Telok Datok, Banting, Selangor yang membuka mindaku dengan izinNya. Jasamu dan semua guru yang pernah mendidikku akan sentiasa kukenang.

Murid-murid 4 Gamma 2012

Sesi penganbaran tidak formal 4 Gamma, lihatlah aksi masing-masing, macam-macam gaya ada,......kreatif. Inilah yang membuatkan  guru kelas mereka, Teacher Norazimah Dollah bertambah ceria dan happy sokmo........dan kadang-kadang ada jugalah pening memikirkan cara nak meningkatkan prestasi murid kesayangan


Wednesday, May 9, 2012

Keceriaan Kelas


Bagi mewujudkan suasana yang ceria dan selesa berkonsepkan kelasku kamarku, semua murid-murid 4 Alpha  telah bekerjasama bersama-sama Cikgu Raztia untuk  menceriakan kelas.

Hasilnya,  kelas telah menampakkan suasana yang ceria dan menggembirakan murid-murid. Dinding dan pintu yang pudar  telah dicat baru, kata-kata motivasi diletakkan di dinding. poster, kata-kata hikmat, nasihat dan sebagainya menjadi hiasan di kelas. Diharapkan semoga suasana yang ceria dan kondusif sebegini akan menaikkan semangat kepada semua murid 4 Alpha untuk belajar dan berjaya. Jaga dan peliharalah apa yang telah kita usahakan sampai akhir tahun ini. Terima kasih juga  kepada guru-guru yang mengajar 4 Alpha yang sentiasa cakna dan menyumbang sama untuk menceriakan kelas ini.


Walaubagaimanapun, masih ada ruang kosong yang boleh kita isi wahai anak-anakku, tunggulah, kita buat sikit-sikit ya...nanti siap juga akhirnya.

Tuesday, May 8, 2012

Anak-anakku 4Alpha

Panas terik? 4 Alpha tak kisah pun, sesi pengambaran berjalan dengan lancar...... yang pentingnya dapat bergambar dengan kawan-kawan sekelas. Lewat sikit bergambar siap buat  ni sebab baru siap buat karangan dalam kelas.Murid 4 alpha tinggal 39 orang, tapi hari ini 5 orang tak ada. Tak la masuk muka mereka........naqib demam, syafiq patah tangan, myrissa temujanji dengan doktor di KL dan Danial Yahya demam....... lepas ni boleh print dan frame gambar ni ya.